Monday, May 17, 2010

Just Another Place On Earth


A scene that I took on my way back to PKS one nice evening.

Futsal Gathering Lunch @ Chicken Hartz, SP (14 May 2010)

Semua players ada masa tu termasuk Mike ngan aku. Gathering lunch ni dah lama dah aku rancang sebab nak meraikan kemenangan sebelum ni, duit dah dapat, tinggal nak jalankan aktiviti je. Duit tu pun dari tournament sebelum ni. Adala nak cecah 1K jugak semua duit tu. The best thing is to have a great lunch together. Lagipun semester hadapan aku tak merancang untuk handle futsal lagi kerana aku nak berehat. Penat, penat dan penat, tu je yang aku boleh cakap. Lagipun aku rasa aku tak cukup layak mengendalikan team PKS kalau nak dibandingkan dengan orang lain, bezanya cuma aku minat game ni sebab aku memang dilahirkan untuk main futsal.

Mula- mula aku ingat ada sebilangan je yang datang, biasala budak- budak, bila cakap pasal makan free semua okay, tak pernah tak okay. Sorang je yang takda masa tu iaitu Rahman kerana ada tugasan luar di Sibu. Amad pun datang sekejap je nak ambik duit ngan sijil katanya. Nampaknya bagi Amad persahabatan dan good times together tu tak penting, aku ngan Mike tertanya- tanya kenapa Amad tak join sekali lunch, mungkin RM15 tu besar maknanya buat Amad, lebih dari nilai persahabatan sesama player futsal. Bukan duit yang kita kejar tapi kenangan tu yang paling berharga. Kenangan manis yang akan kita kenang buat masa yang sangat lama.

Lunch tu jugak merupakan yang terakhir buat Halil, salah sorang pemain paling bagus pada pemerhatian aku. Halil akan menamatkan pengajian di PKS berakhirnya semester ini. Sempatla jugak Halil menyimpan gambar dan sijil buat kenangan. Sebagai seorang pemain Halil mempunyai hampir segalanya, shoot yang dahsyat, kawalan, larian, passing. Aku mendoakan agar Halil berjaya dalam kehidupan sebagai seorang manusia dan pemain futsal. Mungkin satu hari nanti Halil akan main dalam liga yang lagi berprestij di Semenanjung nun, InsyaAllah. Bakat yang ada jangan disiakan, jangan jadi macam aku sampai tua tak pernah berpeluang main liga besar.

Sebelum tu jugak aku dah bagitau kepada hampir kesemua pemain yang aku akan quit handle team futsal PKS. Ada yang terdiam tanpa sebarang respon, ada yang blur dan ada yang tak tau mengenainya. Mungkin bagi mereka memang patut pun aku berhenti jadi coach kerana "En. Azari memang tak layak pun". Macam mana seorang yang tak tahu bermain futsal boleh menjadi seorang coach kepada para pemain futsal yang hebat. Orang yang paling sesuai menggantikan aku sudah pasti Mike kerana pengetahuannya dan pengalamannya sebagai seorang player yang unggul dan berbakat tinggi.


Banyak kenangan manis yang aku dapat sepanjang aku terlibat dengan futsal, sangat banyak. Salah satu daripadanya ialah bila aku mengenali para pemain dan kebolehan mereka yang pada pendapat aku boleh pergi jauh satu hari nanti. Semuanya terpulang kepada Mike macam mana nak membentuk player nanti. Lagipun kebanyakan daripada mereka memang dah boleh main dengan baik, cuma perlu diasah lagi bakat masing- masing. Apapun, walaupun aku dah tak handle team lagi aku akan tetap ada di padang macam biasa petang- petang nak keluar peluh. Aku akan tetap main sampai aku dah tak boleh main lagi dah. Olee selamanya...

Monday, March 8, 2010

PKS Futsala 2010 (Kolej Komuniti Tournament 2010)

Back row: Mr. Mike Jo, Anniq, Along, Alep, Azam and Rafi

Front row: Amad Olee, Zazaz, Rahman Olee and Aet

PKS City 2010 (Kolej Komuniti Tournament 2010)


Back row: Yan, Syed, Daus, Asbullah Awang, Peter and Halil a.k.a Tomok

Front row: Farezzul, Ikmal, Tonyson and Jackson



Sunday, March 7, 2010

Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Zon Sarawak 2010 @ Arena Futsal Simpang 3 (6-7 Mac 2010)

Bagi lebih dari separuh pemain aku, ini merupakan kejohanan sulung mereka. Ada yang teruja, ada yang hilang semangat, ada yang berdebar- debar tak sudah- sudah, ada yang bingung dan ada yang bercampur aduk perasaan. Perasaan 'nervous' itu memang dah jadi lumrah pesan aku kepada pemain, jangan sampai tak 'nervous' langsung, tu lain pulak ceritanya. Sama ada kita terlalu yakin atau mungkin seseorang itu memang dilahirkan tanpa perasaan. Apapun aku pun turut merasai apa yang diorang rasai, satu demi satu kerana kejohanan ini merupakan salah satu lagi 'benchmarking' buat aku dan rakan aku iaitu Mike.

Kali ini PKS menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada muka- muka lama dan baru dan kebanyakannya adalah muka baru bagi aku yang dah aku rekrut semenjak bermulanya semester Januari 2010 ini. Aku lihat ramai lagi player yang ada tapi kebanyakan daripada mereka memilih untuk bermain bola padang kerana berlangsungnya Lga IPTA yang telahpun bersepak mula di sesetengah IPTA seluruh negara. Biarkanlah mereka, bagi aku player yang ada sekarang sudah cukup memadai dan apa yang paling penting ialah semangat, disiplin dan kerjasama antara semua bagi menjayakan Futsal PKS secara keseluruhannya.

Pasukan PKS dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu the traditional PKS Futsala dan PKS City. PKS Futsala menyertai kategori staff manakala PKS City menyertai kategori pelajar. Futsala bersaing dengan 9 lagi pasukan mantap seperti DBKU, UNIMAS, IKM dan wakil- wakil agensi kerajaan yang lain. City pula bersaing dengan pelajar- pelajar dari institusi lain seperti pelajar UNIMAS, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran MARA lain. Semuanya hebat- hebat belaka dan bagi aku ini merupakan antara penganjuran paling baik pernah aku sertai selama aku berada di PKS. Segulung tahniah buat pihak penganjur iaitu Kolej Komuniti.

Hari pertama bermula baik kerana kedua- dua pasukan layak ke hari kedua bagi menempuhi saingan peringkat kedua dan terakhir. Apa yang sangat mencemaskan aku ialah tahap persembahan PKS City, aku tak tahu mengapa dan kenapa mereka bermain dengan TERUK sekali pada hari pertama, semua hilang arah dan tujuan. Segala apa yang aku lihat masa latihan amat berbeza sekali dari segenap segi; hantaran, finishing, kawalan bola dan padang, pendek kata semuanya. Pada satu ketika aku sangat marah lalu menghempaskan botol mineral ke lantai, nasib baik botol itu bukan diperbuat daripada kaca, kalau tidak dah pasti botol tu akan berkecai di atas lantai.

Saingan hari kedua merupakan saingan sengit antara 8 pasukan yang tinggal. Pada perlawanan separuh akhir pasukan Futsala menentang DBKU yang pada mulanya tidak puas hati dengan gabungan pelajar dan staff dalam Futsala. Salah seorang dari mereka (mungkin pengurus DBKU) pergi kepada penganjur dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka. Mungkin kerana takut dikalahkan mereka cuba memprotes Futsala. Salah seorang wakil penganjur pergi kepada Mike selaku kapten Futsala dan dengan tenang Mike menyangkal segala protes DBKU dan menyelesaikan hal itu. Kalah bukan satu pilihan namun itulah yang berlaku kepada Futsala setelah menentang DBKU dan sekirannya Futsala menang pasti kontoversi akan terjadi terutama sekali bagi pemain dan juga penyokong DBKU. Kekalahan itu menempatkan Futsala untuk merebut tempat ketiga atau empat.

Nasib yang serupa menimpa City yang kalah tipis kepada Kolej Komuniti Betong dan akhirnya menempatkan diri ke tempat ke empat setelah kalah kepada kolej swasta yang dijemput berjuang hari itu juga kepada jaringan yang sama seperti sebelumnya. "Jangan 'injured'.." itu pesan aku kepada pemain. Ini bukan satu- satunya kejohanan yang tersedia buat kita, ada lagi yang menunggu. Sekiranya kita tidak berjaya pada kali ini pastikan ada tempat yang lebih baik pada kejohanan akan datang. Kali ini City bermain baik setelah 'dibasuh' oleh aku pada petang hari pertama kejohanan. Aku dapat lihat keserasian yang menjadi antara mereka cuma terdapat sedikit kelemahan untuk kami maju kehadapan pada masa akan datang.

Berada di tempat ketiga dan keempat menghadiahkan kami RM800. Duit itu akan kami gunakan untuk pembangunan futsal PKS dengan perancangan yang sedia ada. Futsal PKS akan terus hidup selagi aku terdaya dengan bantuan Mike dan rakan- rakan, para pemain yang ada. Olee selamanya...

Monday, February 22, 2010

Many Things To Do, Many Things To Come, Not Enough Things to Have



Sekarang ni Poliku busy dengan berbagai- bagai aktiviti lagi- lagi aktiviti sukan. Ada yang nak hantar budak pegi tournament itu ini, bola padang, bola baling, bola tampar, pendek kata semua jenis bola ada di peringkat Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia.

Poliku memang aktif dengan apa- apa penglibatan melibatkan sukan ataupun akademik. apa yang sedihnya sekarang aku lihat kemudahan sukan yang ada sangatlah terhad untuk menampung segala sukan yang terlibat terutama sekali kemudahan tempat, padang bola ada satu je, ni nk training bola padangnya, ragbinya lagi, pastu sofbol pastu training jabatan untuk bolasepak antara jabatan lagi. Court bola tampar pun ada satu je, yang nak training tu at least ada 3 team, 2 team lelaki dan 1 team pompuan. futsal pulak ada 1 padang, tu pun padang tak ikut spec dan merbahaya kepada budak- budak terutama sekali kepada nelayan bot- bot kecil. Court takraw yang ada sekarang salah satu daripadanya pun tak ikut spec jugak. Entah macam manala orang yang bertanggungjawab buat semua kemudahan ni. Kesian aku tengok budak- budak yang tak terlibat, bila semua kemudahan yang digunakan semua orang dah ambik, diorang melopong jelah tengok orang lain main. dah takda padang lain lagi dah, ada yang tu je. Aku bagi peluang kat Mawardi training budak- budak bola baling pakai satu- satunya court futsal yang ada, bayangkan kalau takda gol entah macam mana diorang nak training sebab bagi aku bola baling memang kene training pakai court yang ada tiang gol. Takkan nak baling tong sampah je kot, nanti orang ingat macam takda kejela pulak. Pakaila selagi diorang perlukan padang tu, masa untuk kita tunjukkan sikap toleransi kita sebagai sorang manusia dan kawan. Kalau diorang ada capai sesuatu nanti untuk nama PKS jugak, tu yang aku nak sebagai salah seorang warganegara PKS. Majulah sukan untuk semua. Olee..

Tuesday, February 16, 2010

I "love" FTSL t- shirt project 2010


Aku saja- saja je reka t-shirt ni untuk sesiapa yang suka men futsal. T- shirt ni diilhamkan daripada "I love NY" yang sangat famous tu dan juga dari t- shirt "I love BALI" yang aku ada. Aku menggunakan font yang original dari design "I love NY" iaitu font 'AmerType' ataupun nama penuhnya American Typewriter. Aku pun tak sangka yang aku akan jumpa font ni dalam internet tapi apa- apa pun boleh jadi kalau kita bercakap pasal dunia internet ni. Perkataan 'FUTSAL' tu aku singkatkan menjadi 'FTSL' untuk menunjukkan yang permainan futsal ni satu permainan yang simple, memerlukan kreativiti tetapi menarik dan juga influence daripada perkataan 'NY' pada 'I love NY'. Kalau aku letak full perkataan 'FUTSAL' bagi aku kelihatan dan kedengaran terlalu 'fancy' dan tidak original. T- shirt ni didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih tapi bagi aku warna hitam lebih menarik selain 'stain proof'. Aku bercadang untuk mengeluarkan warna hitam kesemuanya dalam pelbagai saiz yang munasabah. Seperti biasa font berwarna putih, lambang 'love' berwarna merah berlatarbelakangkan t- shirt hitam pekat. Harga RM20 sahaja kerana aku dah order 40 helai, so kepada sesiapa yang nak beli baju ni bolehla berurusan terus ngan aku, bagi saiz baju, RM20 and you are ready to conquer the world. Simple and perfect...