Terdapat 8 pasukan kesemuanya yang bertanding dan PKS menghantar 1 sahaja pasukan iaitu pasukan lelaki yang terdiri daripada 8 orang pemain yang telah terpilih.
PKS Futsala diletakkan dalam satu kumpulan bersama Yayasan Sarawak, KPDNKK dan Imigresen Sarawak. Sistem yang digunakan dalam pertandingan kali ini ialah “double knock- out” yang membawa maksud mana- mana pasukan yang kalah 2 kali akan terkeluar dari meneruskan kejohanan.
PKS Futsala mendapat ‘amaran’ yang pertama setelah kalah pada perlawanan sulung kami dengan kekalahan 3- 1 kepada Yayasan Sarawak. Puncanya kerana hilang focus ataupun mungkin tidak cukup focus lagi dan banyak membiarkan pemain lawan bebas berlari dan tidak dikawal terutama sekali di bahagian pertahanan. Kekalahan pertama amat mendukacitakan saya selaku pengurus pasukan kerana pada awalnya kita sudah bermula baik dengan mendahului lawan sebanyak 1- 0. Mungkin kerana gemuruh dan terkejut dengan jaringan penyamaan pihak lawan semua pemain PKS terus hilang rentak dan goyah di bahagian pertahanan. Dan setelah lawan mendahului PKS terus hilang arah sehingga ke tiupan wisel separuh masa kedua.
Perlawanan kedua merupakan perlawanan penentuan, kalah kali ini bermaksud tiada apa lagi yang tinggal dalam perjuangan PKS Futsala. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengubah nasib PKS di dalam meneruskan kejohanan. Pertukaran pemain diatur dengan harapan ‘keajaiban’ akan berlaku pada perlawanan kedua. Menang dan terus menang merupakan misi kami yang seterusnya. Setelah kalah pada perlawanan pertama, kami diletakkan di dalam kumpulan yang kalah dan akan bertemu mana- mana kumpulan yang menerima nasib yang sama iaitu kalah sekali. Menang pada perlawanan kedua merupakan sesuatu yang melegakan terutama sekali perasaan saya selaku pengurus pasukan.
Pada perlawanan yang seterusnya dan seterusnya kami perlu menang jika ingin menjejakkan kaki ke gelanggang akhir. Keringat diperah sehingga tiada apa lagi yang tinggal kecuali semangat kental. Sebelum melangkah ke perlawanan akhir, kami menerima tentangan sengit dari segi fizikal dan mental sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti dan nasib menyebelahi kami. Ternyata kepercayaan yang saya letakkan kepada penjaga gol PKS Futsala iaitu Hidayat tidak disia- siakan begitu sahaja. Hidayat menyelamatkan 2 sepakan dan menjulang nama PKS Futsala ke final, satu perasaan yang saya sendiri tidak dapat bayangkan terutama sekali bila bertanding di kejohanan yang nampak kecil tetapi menyembunyikan tentangan hebat dari setiap pasukan yang mengambil bahagian.
Tiada lagi baki tenaga yang ada namun perlawanan akhir mesti ditempuhi. Sebagai salah seorang pemain aku sudah tidak mampu untuk meneruskan perlawanan kerana kecederaan serius pada peha aku. Aku serahkan segalanya kepada rakan sepasukan yang lain terutama Mike untuk mencorakkan perlawanan akhir nanti. Pada perlawanan akhir kami dipertemukan sekali lagi dengan pasukan yang mula- mula kami lawan dan ini secara tidak langsung member tekanan kuat kepada semua pemain. Malangnya aku tidak dapat bermain pada perlawanan ini. Pasukan lawan memulakan jaringan dengan bangganya. Selepas beberapa ketika pasukan aku mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Halil di hadapan gol, di luar kawasan D. Sepakan yang diambil menerjah ke jaring pasukan lawan tetapi ditidakkan oleh pengadil perlawanan kerana menurutnya sentuhan pertama mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum sepakan. Ini kali pertama aku berjumpa dengan peraturan yang sedemikian rupa kerana pada perlawanan sebelumnya tidak kiralah pasukan aku maupun pasukan lain sepakan diambil terus dan dikira kalau menerjah gol. Pada ketika itu pasukan terus memprotes dan pergi kepada pengadil dan ketika itu jualah pasukan lawan mengambil kesempatan dengan melakukan serangan sedangkan pasukan kami sedang membuat protes. Pengadil perlawanan tidak menghiraukan protes kami dan memberikan gol kepada pihak lawan sebagai ‘balasan’ tanpa menghiraukan pasukan kami yang belum bersedia ketika protes dikemukakan. Ketika itulah juga semangat pasukan kami semakin menurun dan akhirnya kami tewas dengan jaringan 3- 0. Pada awalnya kami boleh melawan lagi dengan jaringan 1- 1 tapi tiada apa yang kami boleh buat. Hmmm, kalah kepada pasukan penganjur, macam pelik je bunyinya, mungkin terdapat konspirasi di situ tapi itulah kenyataannya.
Apapun, berada di tempat ke dua bukanlah satu perkara yang tidak baik. Sekurang- kurangnya kami berjaya meletakkan diri ke perlawanan akhir jika hendak dibandingkan dengan pasukan- pasukan lain, 2 pasukan teratas, 2 pasukan akhir. Kita cuba dan cuba lagi di lain ‘tournament’. Olee…

No comments:
Post a Comment