Kejohanan kedua buat aku berlangsung di Sport Planet dalam suasana yang tenang kerana kebanyakan perlawanan iaitu kumpulan A dan B telah berlangsung pada sebelah paginya. Sampai sahaja aku ke Sport Planet aku nampak Taufik yang baru hendak keluar makan seorang diri. Aku menanyakan di mana pemain yang selebihnya dan dia menjawab hampir semua orang ada di dalam sedang warm-up. Kali ini aku menghantar 2 pasukan yang aku namakan PKS Futsala Alpha dan PKS Futsala Beta. Pasukan Beta agak baru buat aku namun sebahagian daripada mereka adalah pelajar yang pernah aku ajar dan aku juga pernah bermain futsal dengan mereka sebagai satu pasukan dan turut juga menyertai kejohanan luar bersama.
Kedua- dua pasukan diletakkan dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan D setelah cabutan undi dibuat oleh penganjur atas alasan aku tidak dapat menghadiri cabutan itu dan wakil yang aku hantar tak kunjung tiba. Aku sangat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menunjukkan tahap penganjuran yang sangat cemerlang dan terancang, tahniah Rakan Muda!
Bagi aku, diletakkan dalam kumpulan yang sama merupakan satu kelebihan kerana pasukan yang bakal mara ke pusingan seterusnya terdiri daripada 2 pasukan teratas tetapi pasukan Beta gagal mengambil peluang keemasan itu dengan tidak memenangi 1 pun perlawanan, sebaliknya mereka cuma berjaya seri dengan pasukan sendiri, dengan 1 pasukan lawan dan kalah pada perlawanan penentuan ke peringkat seterusnya. Aku cuma mampu terdiam dengan persembahan mereka yang sangat tidak memberansangkan dan aku sungguh marah dengan cara mereka bermain, sangat kelam kabut pada aku. Pasukan Alpha juga menunjukkan prestasi yang serupa, seolah- olah tidak pernah bermain di dalam mana- mana kejohanan sebelum ini dan seolah- olah tidak pernah menjalani sebarang latihan daripada aku. Stay focus itulah pesan aku dan selalu turun naik. Futsal memang satu permainan yang mengerah tenaga yang banyak dan sebab itulah mereka harus tahu risiko sebagai seorang pemain, bukan hanya tau menjaringkan gol semata- mata dan menunggu bola daripada orang lain. Futsal adalah kerjasama semua orang.
Kelemahan yang jelas adalah hantaran yang baik dan tepat. Tujuan sebenar kita melakukan hantaran adalah supaya rakan sepasukan mudah untuk mendapatkan bola itu dan melakukan jaringan. Simple ball adalah satu perkara yang penting namun perlu ditambah di situ simple and precise ball passing. Dalam ruang yang sempit kita tidak boleh melakukan kesilapan yang jelas kerana ini sudah pasti akan memenatkan semua orang, hantaran yang tepat dan mudah merupakan sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan lebih- lebih lagi bila ianya melibatkan timing yang betol, bila dan di mana kita harus meleretkan bola kepada kawan kita untuk melakukan shooting.
Aku kagum atas semangat juang pasukan aku namun dari segi psikologinya mereka belum cukup bersedia lagi menghadapi tekanan tournament. Perasaan takut dan gementar itu perlu tetapi kita perlulah pandai mengawalnya. Semua orang harus pada tahap psikologi yang sama dan berfikir dengan pantas dalam permainan. Futsal bukan sahaja satu permainan fizikal malahan juga permainan mental yang hebat.
Pada kejohanan ini pasukan Alpha berjaya meletakkan diri mereka setanding dengan pasukan luar yang lain. Berjaya ke final merupakan satu bonus yang menyemarakkan lagi semangat mereka untuk turut serta dalam kejohanan- kejohanan besar pada masa mendatang. Tempat kedua merupakan pencapaian yang cukup baik, cuma kalah tipis 1-0 sahaja kepada pasukan lawan. Jelas ada banyak kelemahan yang perlu dihapuskan terus dari pasukan. Minggu ini aku mahu mereka berehat kerana aku mahu fokus kepada pasukan wanita pula memandangkan mereka dijemput di dalam kejohanan tertutup JKPK sabtu hadapan. Aku sudah mula kehilangan hari sabtu dan ahad aku kerana menguruskan pasukan futsal PKS dan juga mengajar kelas pelajar separuh masa pada hari ahadnya pula. Selagi aku boleh, selagi itu aku akan melakukannya. Tahniah sekali lagi kepada PKS Futsala kerana berjaya melekatkan nama mereka pada ingatan banyak pasukan pada kejohanan kali ini dan PKS Futsala akan aku jadikan satu 'brand' yang semua orang tau bila mana bercakap mengenainya. Man of the match ialah pertahanan akhir Alpha iaitu Bakhtiar a.k.a Bob yang berjaya menangkis serangan bertubi- tubi pihak lawan dan juga menjadi hero kepada penentuan penalti pasukan. Olee selamanya!!


sy ad juak dlm ini team...
ReplyDeletehuhuhuhu...