Monday, November 2, 2009

Training dan Injury.


Beberapa hari lalu termasuk hari ini aku bawak players training futsal dalam poli ni je. Fokus aku semestinya pada players perempuan sebab diorang akan menunjukkan tahap coaching aku satu hari nanti kepada mereka yang tidak percaya dan suka bercakap itu ini tentang ketidakbolehan orang lain sedangkan sebenarnya mereka takut ketidakbolehan mereka yang akan terserlah satu hari nanti. Memang benar aku tiada latihan asas coaching tapi aku cuba untuk menurunkan segala ilmu yang ada pada aku selama mana aku dah main futsal. Dan selagi kepercayaan itu diberi pada aku, aku akan berusaha sebaik mungkin. Beautiful game dan respect adalah target aku dan bukannya kemenangan semata- mata. Aku mahu PKS Futsala dikenali kerana permainan yang bermutu tinggi walaupun dengan status low profile team.
Aku geram, sangat geram dan kecewa ke atas kecederaan yang melanda lutut kaki kanan aku yang mengakibatkan aku kurang aktif dalam melatih players dan sangat sukar untuk aku menunjukkan kepada mereka bagaimana cara sebenar bermain futsal dari segi teknik dan strategi. Namun begitu aku tak dapat menahan dari kaki aku untuk menyepak bola keramat itu kerana itulah aku, sebagai seorang pemain aku tidak senang malihat bola futsal dalam keadaan tenang dan aman. Walau dalam keadaan sakit aku tetap mahu menunjukkan kepada player perempuan teknik sebenar menyepak bola/ membuat hantaran, kawalan, larian dan sebagainya. Bukan kerana gilakan kuasa, bukan kerana nama tapi kerana cinta aku kepada futsal dan aku takkan berhenti mencintai futsal sebagai salah satu game kegemaran aku.
Training semalam dalam keadaan lembap disebabkan hujan yang cemburu dengan aku dan players aku. Pada mulanya padang kering dan selepas beberapa slot latihan hujan mula turun perlahan sehingga ke saat akhir training petang itu. Latihan tetap aku teruskan kerana aku percaya pada semangat yang ada pada pemain yang hadir walaupun mengetahui hujan bakal turun. Buat seketika aku bangga mendapat players yang tidak mengenal erti penat dan hujan, sama seperti aku pada usia mereka dulu. Hujan dan panas tidak akan menjadi penghalang asalkan aku berjaya melakukan sekurang- kurang 1 jaringan pada setiap petang yang aku kongsi bersama dengan kawan- kawan aku, perasaan yang tidak boleh dibandingkan dengan benda lain di dunia ini. Rasa keseronokan, hilang dari setiap tekanan yang ada di sekeliling aku.

No comments:

Post a Comment