Monday, October 26, 2009

Futsal Muhibbah Golden Hawk 24 Oktober 2009

Kejohanan Futsal Muhibbah ini merupakan yang julung kali buat aku sebagai coach dan juga pengurus pasukan PKS Futsala. For sure nama "PKS Futsala" akan aku gunakan selama mana kami menyertai apa- apa kejohanan seantero Malaysia cuma pada kejohanan rasmi seperti MSP (Majlis Sukan Politeknik) terpaksalah menggunakan nama Politeknik Kuching Sarawak demi mematuhi peraturan.
Kami bertolak dari PKS pada pukul 8:30 pagi dan sampai ke Golden Hawk lebih kurang pada pukul 9:50 pagi sebelum perlawanan pertama bermula pada pukul 10 pagi itu. Salah seorang pemain (Razif) yang sampai terlebih dahulu menelefon aku memberitahu perlawanan kami bakal berlangsung sekejap lagi sedangkan kami masih lagi berada dalam bas. Aku agak cemas pada masa itu dan mengarahkan supaya semua pemain bersiap sedia dalam kadar yang segera. Berhenti sahaja bas aku terus mengarahkan pemain turun membawa barang masing- masing ke venue.
Pemain telah bersiap dengan pakaian masing- masing dan bersedia untuk bertarung. Kami diletakkan di dalam kumpulan D, kumpulan yang agak selamat menurut kata salah seorang player aku, Amad. Players aku semua dah masuk ke dalam padang dan menunggu pasukan lawan iaitu Velocity. Tunggu punya tunggu pasukan lawan tak kunjung tiba, cuma yang ada 2 orang pemain sahaja dari jersi yang tertulis perkataan 'velo city' di tengahnya. Pengadil telah menetapkan 3 minit untuk menanti pasukan lawan, lebih dari itu kemenangan pertama akan berpihak kepada PKS Futsala berdasarkan jaringan 2-0. Kesimpulannya PKS Futsala menang perlawanan yang pertama tanpa bertarung. Players aku sempat memanaskan badan sebelum perlawanan kedua nanti.
Perlawanan kedua bermula rancak dan hebat. Di situ aku dapat melihat stamina yang ada pada pemain aku. Pada perlawanan itu kami menang 6-0. Aku lihat player cukup gembira dan aku pun turut tumpang gembira tapi itu belum cukup untuk membuktikan apa-apa. Pada perlawanan kedua aku sudah dapat melihat yang kami akan ke next round tanpa sebarang masalah yang boleh memberikan tekanan kepada semua orang termasuk aku. Perlawanan ketiga kami menang 2-0, meyakinkan lagi aku yang PKS Futsala boleh pergi jauh dalam kejohanan kali ini. Perlawanan ke empat pula kami menang 2-1, satu kemenangan kontroversi berpunca daripada sikap pemain lawan yang tidak dapat dikawal. Pemain lawan melakukan kekasaran terhadap pemain aku sehingga sanggup menumbuk pemain aku lalu perlawanan bertukar daripada perlawanan futsal kepada perlawanan tomoi/ tinju/ ultimate fighting championship (UFC). Pergaduhan dileraikan oleh penganjur dan memberikan pasukan aku kemenangan 2-1 memandangkan semasa perlawanan berlangsung pasukan aku telah mendahului pasukan lawan dengan jumlah jaringan yang sama. perlawanan akhir dalam peringkat kumpulan berakhir dengan seri 2-2 dan terus menobatkan PKS Futsala menjadi juara kumpulan D.
Sesetengah penonton dan juga beberapa orang penganjur memberikan komen positif mengenai perlawanan dan juga pasukan aku. Aku cukup berbesar hati mendengarnya.
Tibalah perlawanan yang ditunggu-tunggu, perlawanan yang akan menunjukkan kemampuan pemain aku dan juga kemampuan aku mengendalikan pasukan aku sendiri. Perlawanan peringkat kedua/second round bermula lambat, lebih kurang pada pukul 3:30 petang. Bagi aku itu bukan 1 alasan untuk menyerahkan kemenangan kepada pasukan lawan tapi mungkin disebabkan oleh tenaga yang semakin kurang (pemain belum makan tengah hari lagi) menjadikan pasukan PKS Futsala terkeluar daripada persaingan. Sebelum perlawanan aku tidak berani mempertaruhkan masa yang ada untuk membawa pelajar pergi makan di kedai mamak yang berhampiran dan aku juga sangka yang pemain masih ada lagi tenaga untuk bertarung. Pada perlawanan kalah mati itu pasukan aku dikalahkan dengan jaringan tipis 2-1. Strategi yang ada pada aku telah aku jelaskan kepada semua pemain, entah mengapa mereka hilang fokus kepada apa yang telah dipersetujui dan menjadikan pasukan sebagai mangsa kalah mati yang ketiga.
Apapun aku 'respect' kepada pasukan lawan kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan perlawanan yang sama menarik dan 'clean' sehingga ke tiupan wisel terakhir separuh masa kedua. Pada perlawanan itu juga menyedarkan aku kepada 'finishing' yang kurang menyengat dan juga tahap konsentrasi yang semakin menurun. Pemain perlu fokus kepada apa yang berlaku dalam game dari segi taktik lawan dan juga pergerakan mereka. Dan yang paling penting sekali bilakah masa yang paling tepat untuk melakukan hantaran kepada kawan sendiri dan melakukan jaringan terbaik. Bagi aku "THE BEST PASSES WIN" dan segalanya yang berkaitan dengan futsal adalah berkaitan dengan hantaran/ passing yang baik dan berkesan, bukan skil individu semata- mata. Kalau nak main, jangan main- main dan kalau nak main- main, baik jangan main langsung!! I love futsal, in my heart, in my soul!! Olee!!