Monday, February 22, 2010

Many Things To Do, Many Things To Come, Not Enough Things to Have



Sekarang ni Poliku busy dengan berbagai- bagai aktiviti lagi- lagi aktiviti sukan. Ada yang nak hantar budak pegi tournament itu ini, bola padang, bola baling, bola tampar, pendek kata semua jenis bola ada di peringkat Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia.

Poliku memang aktif dengan apa- apa penglibatan melibatkan sukan ataupun akademik. apa yang sedihnya sekarang aku lihat kemudahan sukan yang ada sangatlah terhad untuk menampung segala sukan yang terlibat terutama sekali kemudahan tempat, padang bola ada satu je, ni nk training bola padangnya, ragbinya lagi, pastu sofbol pastu training jabatan untuk bolasepak antara jabatan lagi. Court bola tampar pun ada satu je, yang nak training tu at least ada 3 team, 2 team lelaki dan 1 team pompuan. futsal pulak ada 1 padang, tu pun padang tak ikut spec dan merbahaya kepada budak- budak terutama sekali kepada nelayan bot- bot kecil. Court takraw yang ada sekarang salah satu daripadanya pun tak ikut spec jugak. Entah macam manala orang yang bertanggungjawab buat semua kemudahan ni. Kesian aku tengok budak- budak yang tak terlibat, bila semua kemudahan yang digunakan semua orang dah ambik, diorang melopong jelah tengok orang lain main. dah takda padang lain lagi dah, ada yang tu je. Aku bagi peluang kat Mawardi training budak- budak bola baling pakai satu- satunya court futsal yang ada, bayangkan kalau takda gol entah macam mana diorang nak training sebab bagi aku bola baling memang kene training pakai court yang ada tiang gol. Takkan nak baling tong sampah je kot, nanti orang ingat macam takda kejela pulak. Pakaila selagi diorang perlukan padang tu, masa untuk kita tunjukkan sikap toleransi kita sebagai sorang manusia dan kawan. Kalau diorang ada capai sesuatu nanti untuk nama PKS jugak, tu yang aku nak sebagai salah seorang warganegara PKS. Majulah sukan untuk semua. Olee..

Tuesday, February 16, 2010

I "love" FTSL t- shirt project 2010


Aku saja- saja je reka t-shirt ni untuk sesiapa yang suka men futsal. T- shirt ni diilhamkan daripada "I love NY" yang sangat famous tu dan juga dari t- shirt "I love BALI" yang aku ada. Aku menggunakan font yang original dari design "I love NY" iaitu font 'AmerType' ataupun nama penuhnya American Typewriter. Aku pun tak sangka yang aku akan jumpa font ni dalam internet tapi apa- apa pun boleh jadi kalau kita bercakap pasal dunia internet ni. Perkataan 'FUTSAL' tu aku singkatkan menjadi 'FTSL' untuk menunjukkan yang permainan futsal ni satu permainan yang simple, memerlukan kreativiti tetapi menarik dan juga influence daripada perkataan 'NY' pada 'I love NY'. Kalau aku letak full perkataan 'FUTSAL' bagi aku kelihatan dan kedengaran terlalu 'fancy' dan tidak original. T- shirt ni didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih tapi bagi aku warna hitam lebih menarik selain 'stain proof'. Aku bercadang untuk mengeluarkan warna hitam kesemuanya dalam pelbagai saiz yang munasabah. Seperti biasa font berwarna putih, lambang 'love' berwarna merah berlatarbelakangkan t- shirt hitam pekat. Harga RM20 sahaja kerana aku dah order 40 helai, so kepada sesiapa yang nak beli baju ni bolehla berurusan terus ngan aku, bagi saiz baju, RM20 and you are ready to conquer the world. Simple and perfect...

Kejohanan futsal anjuran Yayasan Sarawak 6 Februari 2010 di Sports Planet, Pending.

Terdapat 8 pasukan kesemuanya yang bertanding dan PKS menghantar 1 sahaja pasukan iaitu pasukan lelaki yang terdiri daripada 8 orang pemain yang telah terpilih.

PKS Futsala diletakkan dalam satu kumpulan bersama Yayasan Sarawak, KPDNKK dan Imigresen Sarawak. Sistem yang digunakan dalam pertandingan kali ini ialah “double knock- out” yang membawa maksud mana- mana pasukan yang kalah 2 kali akan terkeluar dari meneruskan kejohanan.

PKS Futsala mendapat ‘amaran’ yang pertama setelah kalah pada perlawanan sulung kami dengan kekalahan 3- 1 kepada Yayasan Sarawak. Puncanya kerana hilang focus ataupun mungkin tidak cukup focus lagi dan banyak membiarkan pemain lawan bebas berlari dan tidak dikawal terutama sekali di bahagian pertahanan. Kekalahan pertama amat mendukacitakan saya selaku pengurus pasukan kerana pada awalnya kita sudah bermula baik dengan mendahului lawan sebanyak 1- 0. Mungkin kerana gemuruh dan terkejut dengan jaringan penyamaan pihak lawan semua pemain PKS terus hilang rentak dan goyah di bahagian pertahanan. Dan setelah lawan mendahului PKS terus hilang arah sehingga ke tiupan wisel separuh masa kedua.

Perlawanan kedua merupakan perlawanan penentuan, kalah kali ini bermaksud tiada apa lagi yang tinggal dalam perjuangan PKS Futsala. Sesuatu mesti dilakukan untuk mengubah nasib PKS di dalam meneruskan kejohanan. Pertukaran pemain diatur dengan harapan ‘keajaiban’ akan berlaku pada perlawanan kedua. Menang dan terus menang merupakan misi kami yang seterusnya. Setelah kalah pada perlawanan pertama, kami diletakkan di dalam kumpulan yang kalah dan akan bertemu mana- mana kumpulan yang menerima nasib yang sama iaitu kalah sekali. Menang pada perlawanan kedua merupakan sesuatu yang melegakan terutama sekali perasaan saya selaku pengurus pasukan.

Pada perlawanan yang seterusnya dan seterusnya kami perlu menang jika ingin menjejakkan kaki ke gelanggang akhir. Keringat diperah sehingga tiada apa lagi yang tinggal kecuali semangat kental. Sebelum melangkah ke perlawanan akhir, kami menerima tentangan sengit dari segi fizikal dan mental sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti dan nasib menyebelahi kami. Ternyata kepercayaan yang saya letakkan kepada penjaga gol PKS Futsala iaitu Hidayat tidak disia- siakan begitu sahaja. Hidayat menyelamatkan 2 sepakan dan menjulang nama PKS Futsala ke final, satu perasaan yang saya sendiri tidak dapat bayangkan terutama sekali bila bertanding di kejohanan yang nampak kecil tetapi menyembunyikan tentangan hebat dari setiap pasukan yang mengambil bahagian.

Tiada lagi baki tenaga yang ada namun perlawanan akhir mesti ditempuhi. Sebagai salah seorang pemain aku sudah tidak mampu untuk meneruskan perlawanan kerana kecederaan serius pada peha aku. Aku serahkan segalanya kepada rakan sepasukan yang lain terutama Mike untuk mencorakkan perlawanan akhir nanti. Pada perlawanan akhir kami dipertemukan sekali lagi dengan pasukan yang mula- mula kami lawan dan ini secara tidak langsung member tekanan kuat kepada semua pemain. Malangnya aku tidak dapat bermain pada perlawanan ini. Pasukan lawan memulakan jaringan dengan bangganya. Selepas beberapa ketika pasukan aku mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Halil di hadapan gol, di luar kawasan D. Sepakan yang diambil menerjah ke jaring pasukan lawan tetapi ditidakkan oleh pengadil perlawanan kerana menurutnya sentuhan pertama mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum sepakan. Ini kali pertama aku berjumpa dengan peraturan yang sedemikian rupa kerana pada perlawanan sebelumnya tidak kiralah pasukan aku maupun pasukan lain sepakan diambil terus dan dikira kalau menerjah gol. Pada ketika itu pasukan terus memprotes dan pergi kepada pengadil dan ketika itu jualah pasukan lawan mengambil kesempatan dengan melakukan serangan sedangkan pasukan kami sedang membuat protes. Pengadil perlawanan tidak menghiraukan protes kami dan memberikan gol kepada pihak lawan sebagai ‘balasan’ tanpa menghiraukan pasukan kami yang belum bersedia ketika protes dikemukakan. Ketika itulah juga semangat pasukan kami semakin menurun dan akhirnya kami tewas dengan jaringan 3- 0. Pada awalnya kami boleh melawan lagi dengan jaringan 1- 1 tapi tiada apa yang kami boleh buat. Hmmm, kalah kepada pasukan penganjur, macam pelik je bunyinya, mungkin terdapat konspirasi di situ tapi itulah kenyataannya.

Apapun, berada di tempat ke dua bukanlah satu perkara yang tidak baik. Sekurang- kurangnya kami berjaya meletakkan diri ke perlawanan akhir jika hendak dibandingkan dengan pasukan- pasukan lain, 2 pasukan teratas, 2 pasukan akhir. Kita cuba dan cuba lagi di lain ‘tournament’. Olee…