Sunday, November 8, 2009

Futsal Terbuka Lelaki Rakan Muda gallery.








Saturday, November 7, 2009

PKS Kickerinas Final Cut

Seperti yang dijanjikan pada minggu hadapan aku akan membuang beberapa pemain futsal wanita PKS yang selama ini dengan gigih menjalani latihan di bawah bimbingan aku. Perkara ini telahpun aku maklumkan kepada mereka awal lagi dan aku boleh lihat riak wajah mereka yang kurang menyenangkan. Penyingkiran pemain adalah perkara biasa bagi setiap pasukan dan ianya merupakan tanggungjawab yang berat buat aku kerana aku tidak sanggup melihat mereka dalam keadaan sedih.
Pasukan yang mantap adalah target aku dan bukan muka yang cantik semata- mata. Mungkin ada yang sedar kenapa pemain wanita pasukan aku ramai yang memiliki paras rupa yang menawan, ini kerana sepanjang pemerhatian aku mereka memiliki keistimewaan masing- masing contohnya dari segi stamina dan shooting yang sudah pasti boleh menggegar jaring pasukan lawan. Namun begitu sepanjang latihan ada yang prestasi mereka turun dan ada yang membanggakan aku sebagai seorang coach yang tidak bertauliah. Aku adalah pemain dan itulah aku. Aku sama sekali tidak menyangka yang aku akan sampai ke tahap coaching, namun kepercayaan yang diberikan akan aku laksanakan sebaiknya.
2 minggu lepas Rizal telah memberikan aku nombor telefon beberapa pemain wanita JKM yang telah menjuarai kejohanan futsal anjuran mereka yang lepas dan aku pun terus menjemput mereka datang untuk menjalani sesi pemilihan dan training. Di sini aku dapat lihat perbezaan antara pemain yang menjalani latihan aku dengan pemain yang tidak pernah menjalani apa- apa training. Aku dapat lihat perbezaan dari segi basic control dan passing yang ada pada pemain aku yang dah aku latih. Aku agak berasa gembira kerana usaha aku selama ini tidak sia-sia. Bukan mudah bagi aku untuk melatih satu pasukan dari basic football kepada tahap yang ada pada mereka sekarang.
Minggu depan adalah minggu penentuan bagi mereka dan aku. Girls, ready or not, next week will be a hard week for us!! Olee...

Futsal Lelaki Terbuka Rakan Muda 07-08 November 2009

Kejohanan kedua buat aku berlangsung di Sport Planet dalam suasana yang tenang kerana kebanyakan perlawanan iaitu kumpulan A dan B telah berlangsung pada sebelah paginya. Sampai sahaja aku ke Sport Planet aku nampak Taufik yang baru hendak keluar makan seorang diri. Aku menanyakan di mana pemain yang selebihnya dan dia menjawab hampir semua orang ada di dalam sedang warm-up. Kali ini aku menghantar 2 pasukan yang aku namakan PKS Futsala Alpha dan PKS Futsala Beta. Pasukan Beta agak baru buat aku namun sebahagian daripada mereka adalah pelajar yang pernah aku ajar dan aku juga pernah bermain futsal dengan mereka sebagai satu pasukan dan turut juga menyertai kejohanan luar bersama.

Kedua- dua pasukan diletakkan dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan D setelah cabutan undi dibuat oleh penganjur atas alasan aku tidak dapat menghadiri cabutan itu dan wakil yang aku hantar tak kunjung tiba. Aku sangat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menunjukkan tahap penganjuran yang sangat cemerlang dan terancang, tahniah Rakan Muda!
Bagi aku, diletakkan dalam kumpulan yang sama merupakan satu kelebihan kerana pasukan yang bakal mara ke pusingan seterusnya terdiri daripada 2 pasukan teratas tetapi pasukan Beta gagal mengambil peluang keemasan itu dengan tidak memenangi 1 pun perlawanan, sebaliknya mereka cuma berjaya seri dengan pasukan sendiri, dengan 1 pasukan lawan dan kalah pada perlawanan penentuan ke peringkat seterusnya. Aku cuma mampu terdiam dengan persembahan mereka yang sangat tidak memberansangkan dan aku sungguh marah dengan cara mereka bermain, sangat kelam kabut pada aku. Pasukan Alpha juga menunjukkan prestasi yang serupa, seolah- olah tidak pernah bermain di dalam mana- mana kejohanan sebelum ini dan seolah- olah tidak pernah menjalani sebarang latihan daripada aku. Stay focus itulah pesan aku dan selalu turun naik. Futsal memang satu permainan yang mengerah tenaga yang banyak dan sebab itulah mereka harus tahu risiko sebagai seorang pemain, bukan hanya tau menjaringkan gol semata- mata dan menunggu bola daripada orang lain. Futsal adalah kerjasama semua orang.
Kelemahan yang jelas adalah hantaran yang baik dan tepat. Tujuan sebenar kita melakukan hantaran adalah supaya rakan sepasukan mudah untuk mendapatkan bola itu dan melakukan jaringan. Simple ball adalah satu perkara yang penting namun perlu ditambah di situ simple and precise ball passing. Dalam ruang yang sempit kita tidak boleh melakukan kesilapan yang jelas kerana ini sudah pasti akan memenatkan semua orang, hantaran yang tepat dan mudah merupakan sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan lebih- lebih lagi bila ianya melibatkan timing yang betol, bila dan di mana kita harus meleretkan bola kepada kawan kita untuk melakukan shooting.
Aku kagum atas semangat juang pasukan aku namun dari segi psikologinya mereka belum cukup bersedia lagi menghadapi tekanan tournament. Perasaan takut dan gementar itu perlu tetapi kita perlulah pandai mengawalnya. Semua orang harus pada tahap psikologi yang sama dan berfikir dengan pantas dalam permainan. Futsal bukan sahaja satu permainan fizikal malahan juga permainan mental yang hebat.
Pada kejohanan ini pasukan Alpha berjaya meletakkan diri mereka setanding dengan pasukan luar yang lain. Berjaya ke final merupakan satu bonus yang menyemarakkan lagi semangat mereka untuk turut serta dalam kejohanan- kejohanan besar pada masa mendatang. Tempat kedua merupakan pencapaian yang cukup baik, cuma kalah tipis 1-0 sahaja kepada pasukan lawan. Jelas ada banyak kelemahan yang perlu dihapuskan terus dari pasukan. Minggu ini aku mahu mereka berehat kerana aku mahu fokus kepada pasukan wanita pula memandangkan mereka dijemput di dalam kejohanan tertutup JKPK sabtu hadapan. Aku sudah mula kehilangan hari sabtu dan ahad aku kerana menguruskan pasukan futsal PKS dan juga mengajar kelas pelajar separuh masa pada hari ahadnya pula. Selagi aku boleh, selagi itu aku akan melakukannya. Tahniah sekali lagi kepada PKS Futsala kerana berjaya melekatkan nama mereka pada ingatan banyak pasukan pada kejohanan kali ini dan PKS Futsala akan aku jadikan satu 'brand' yang semua orang tau bila mana bercakap mengenainya. Man of the match ialah pertahanan akhir Alpha iaitu Bakhtiar a.k.a Bob yang berjaya menangkis serangan bertubi- tubi pihak lawan dan juga menjadi hero kepada penentuan penalti pasukan. Olee selamanya!!

Monday, November 2, 2009

Training dan Injury.


Beberapa hari lalu termasuk hari ini aku bawak players training futsal dalam poli ni je. Fokus aku semestinya pada players perempuan sebab diorang akan menunjukkan tahap coaching aku satu hari nanti kepada mereka yang tidak percaya dan suka bercakap itu ini tentang ketidakbolehan orang lain sedangkan sebenarnya mereka takut ketidakbolehan mereka yang akan terserlah satu hari nanti. Memang benar aku tiada latihan asas coaching tapi aku cuba untuk menurunkan segala ilmu yang ada pada aku selama mana aku dah main futsal. Dan selagi kepercayaan itu diberi pada aku, aku akan berusaha sebaik mungkin. Beautiful game dan respect adalah target aku dan bukannya kemenangan semata- mata. Aku mahu PKS Futsala dikenali kerana permainan yang bermutu tinggi walaupun dengan status low profile team.
Aku geram, sangat geram dan kecewa ke atas kecederaan yang melanda lutut kaki kanan aku yang mengakibatkan aku kurang aktif dalam melatih players dan sangat sukar untuk aku menunjukkan kepada mereka bagaimana cara sebenar bermain futsal dari segi teknik dan strategi. Namun begitu aku tak dapat menahan dari kaki aku untuk menyepak bola keramat itu kerana itulah aku, sebagai seorang pemain aku tidak senang malihat bola futsal dalam keadaan tenang dan aman. Walau dalam keadaan sakit aku tetap mahu menunjukkan kepada player perempuan teknik sebenar menyepak bola/ membuat hantaran, kawalan, larian dan sebagainya. Bukan kerana gilakan kuasa, bukan kerana nama tapi kerana cinta aku kepada futsal dan aku takkan berhenti mencintai futsal sebagai salah satu game kegemaran aku.
Training semalam dalam keadaan lembap disebabkan hujan yang cemburu dengan aku dan players aku. Pada mulanya padang kering dan selepas beberapa slot latihan hujan mula turun perlahan sehingga ke saat akhir training petang itu. Latihan tetap aku teruskan kerana aku percaya pada semangat yang ada pada pemain yang hadir walaupun mengetahui hujan bakal turun. Buat seketika aku bangga mendapat players yang tidak mengenal erti penat dan hujan, sama seperti aku pada usia mereka dulu. Hujan dan panas tidak akan menjadi penghalang asalkan aku berjaya melakukan sekurang- kurang 1 jaringan pada setiap petang yang aku kongsi bersama dengan kawan- kawan aku, perasaan yang tidak boleh dibandingkan dengan benda lain di dunia ini. Rasa keseronokan, hilang dari setiap tekanan yang ada di sekeliling aku.