Sunday, March 7, 2010

Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Zon Sarawak 2010 @ Arena Futsal Simpang 3 (6-7 Mac 2010)

Bagi lebih dari separuh pemain aku, ini merupakan kejohanan sulung mereka. Ada yang teruja, ada yang hilang semangat, ada yang berdebar- debar tak sudah- sudah, ada yang bingung dan ada yang bercampur aduk perasaan. Perasaan 'nervous' itu memang dah jadi lumrah pesan aku kepada pemain, jangan sampai tak 'nervous' langsung, tu lain pulak ceritanya. Sama ada kita terlalu yakin atau mungkin seseorang itu memang dilahirkan tanpa perasaan. Apapun aku pun turut merasai apa yang diorang rasai, satu demi satu kerana kejohanan ini merupakan salah satu lagi 'benchmarking' buat aku dan rakan aku iaitu Mike.

Kali ini PKS menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada muka- muka lama dan baru dan kebanyakannya adalah muka baru bagi aku yang dah aku rekrut semenjak bermulanya semester Januari 2010 ini. Aku lihat ramai lagi player yang ada tapi kebanyakan daripada mereka memilih untuk bermain bola padang kerana berlangsungnya Lga IPTA yang telahpun bersepak mula di sesetengah IPTA seluruh negara. Biarkanlah mereka, bagi aku player yang ada sekarang sudah cukup memadai dan apa yang paling penting ialah semangat, disiplin dan kerjasama antara semua bagi menjayakan Futsal PKS secara keseluruhannya.

Pasukan PKS dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu the traditional PKS Futsala dan PKS City. PKS Futsala menyertai kategori staff manakala PKS City menyertai kategori pelajar. Futsala bersaing dengan 9 lagi pasukan mantap seperti DBKU, UNIMAS, IKM dan wakil- wakil agensi kerajaan yang lain. City pula bersaing dengan pelajar- pelajar dari institusi lain seperti pelajar UNIMAS, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran MARA lain. Semuanya hebat- hebat belaka dan bagi aku ini merupakan antara penganjuran paling baik pernah aku sertai selama aku berada di PKS. Segulung tahniah buat pihak penganjur iaitu Kolej Komuniti.

Hari pertama bermula baik kerana kedua- dua pasukan layak ke hari kedua bagi menempuhi saingan peringkat kedua dan terakhir. Apa yang sangat mencemaskan aku ialah tahap persembahan PKS City, aku tak tahu mengapa dan kenapa mereka bermain dengan TERUK sekali pada hari pertama, semua hilang arah dan tujuan. Segala apa yang aku lihat masa latihan amat berbeza sekali dari segenap segi; hantaran, finishing, kawalan bola dan padang, pendek kata semuanya. Pada satu ketika aku sangat marah lalu menghempaskan botol mineral ke lantai, nasib baik botol itu bukan diperbuat daripada kaca, kalau tidak dah pasti botol tu akan berkecai di atas lantai.

Saingan hari kedua merupakan saingan sengit antara 8 pasukan yang tinggal. Pada perlawanan separuh akhir pasukan Futsala menentang DBKU yang pada mulanya tidak puas hati dengan gabungan pelajar dan staff dalam Futsala. Salah seorang dari mereka (mungkin pengurus DBKU) pergi kepada penganjur dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka. Mungkin kerana takut dikalahkan mereka cuba memprotes Futsala. Salah seorang wakil penganjur pergi kepada Mike selaku kapten Futsala dan dengan tenang Mike menyangkal segala protes DBKU dan menyelesaikan hal itu. Kalah bukan satu pilihan namun itulah yang berlaku kepada Futsala setelah menentang DBKU dan sekirannya Futsala menang pasti kontoversi akan terjadi terutama sekali bagi pemain dan juga penyokong DBKU. Kekalahan itu menempatkan Futsala untuk merebut tempat ketiga atau empat.

Nasib yang serupa menimpa City yang kalah tipis kepada Kolej Komuniti Betong dan akhirnya menempatkan diri ke tempat ke empat setelah kalah kepada kolej swasta yang dijemput berjuang hari itu juga kepada jaringan yang sama seperti sebelumnya. "Jangan 'injured'.." itu pesan aku kepada pemain. Ini bukan satu- satunya kejohanan yang tersedia buat kita, ada lagi yang menunggu. Sekiranya kita tidak berjaya pada kali ini pastikan ada tempat yang lebih baik pada kejohanan akan datang. Kali ini City bermain baik setelah 'dibasuh' oleh aku pada petang hari pertama kejohanan. Aku dapat lihat keserasian yang menjadi antara mereka cuma terdapat sedikit kelemahan untuk kami maju kehadapan pada masa akan datang.

Berada di tempat ketiga dan keempat menghadiahkan kami RM800. Duit itu akan kami gunakan untuk pembangunan futsal PKS dengan perancangan yang sedia ada. Futsal PKS akan terus hidup selagi aku terdaya dengan bantuan Mike dan rakan- rakan, para pemain yang ada. Olee selamanya...

No comments:

Post a Comment